Friday, January 21, 2011

Pic Faveret

This is our favourite pic of the family:

Perkara tentang Imanina yang orang tak tahu..

1. Saya ada tanda lahir di peha. Beberapa bulan lepas saya lahir, muncul plak tahi lalat betul2 kat spot tanda lahir tersebut..
2. Saya hisap ibu jari tangan kiri. Adakah ini bermaksud saya kidal?
3. Masa saya dalam pantang, mama kata mata saya kadang2 kelihatan juling. Anak mata masuk ke dalam. Mama sangat risau ingatkan saya akan juling air. Tapi sekarang dah tak ada.
4. Nak akhir2 pantang, saya kuat sangat nangis tengah2 malam. Mama kata straight pukul 12 malam je, saya akan nangis tanpa sebab sampailah ke pukul 4-5 pagi. Kes ni berlarutan sampai saya umur 2 bulan. Selalu mama bawak saya ke bilik opah. Opah akan dodoi dengan lagu selawat2 sampai saya diam.
5. Umur 3 bulan lebih dah pandai pusing. Umur 6 bulan lebih dah pandai merangkak. Umur 7 bulan dah pandai berdiri berpaut2 kat orang. Tapi, lambat nak berjalan. Dah nak setahun ni. Saya nak jalan!

Oklah tu je. Lainkali saya ingat, saya update lagi. Bubbye!

Wednesday, January 19, 2011

11 Months Daughter

Ye, sudah masuk 11 bulan anak dara saya.. si Imanina Zahirah.. my pretty little baby. Here is her progress as for now:

- perubahan terbesar, kami decide nak panggil dia Imanina. Nama panggilan, Iman.
sebab aku rasakan yang Ira tu terlalu pendek dan common.. hehe sori imanina.. mama ni berubah2 je panggilan sejak dulu.. tapi baby mama kan, mama leh panggil nama yang mama suka.
- Iman sekarang masih 7.6kg, timbang dekat Klinik Desa Kangkar Pulai. Sama dengan 2 bulan lepas! Huhu makan kan main lagi..
- Perkembangan terbaru, Iman suka pegang kedua2 tangan aku dan tepukkan tangan untuk aku. Hehe clever girl! Selalu aku yang buat camtu kat dia.
- Masih belum pandai berjalan pun. Selalu gak tatihkan dia.
- Suka kiss mama dengan mulut terbuka luas penuh air liur. Bila aku tunjuk pipi, cakap "kiss mama", nanti dia datang then bagi aku messy kiss. hehehe. kadang2 dia arah ke mulut or hidung aku, tak bernapas jadinya. tapi takpe ye Iman, mama suker sangat! kadang saje mama tak lap air liur tu.
- Apa2, Siapa2, semua dia sebut bah! bah! tah! ntah! paling selalu dengar dia sebut bah! la. comel, bangun tido je terus duduk, dengan muka innocent sebut bah!
- Sebelum ni terer clap hands, flying kiss, bye2, allahu akbar, salam, calit, give me five.. skrg, macam ala2 dah malas sebab aku asik suh dia buat je. jadi dia dah boring. muahahaha!
- pandai turun katil sendiri2. ni skill dah lama. skill terbaru, dah pandai panjat sofa (sofa ke? kerusi rotan yang ada kusyen tu) dan turun dari sofa sendiri. bila dah panjat sofa tu, dia nak panjat kusyen lagi dan nak terjun ke belakang. grrr..
- makan dah macam2. u name it. huhu. mama lah punye keje. french fries, nugget, curly fries, biskut oreo, tiger susu. kui8. oh ye ada lagi. nasi kicap, kerepek, nestum oat, ayam goreng, keropok lekor.. lalala..
- buat bubur dia pun dah macam2 letak. sayur dah tak letak bayam sahaja lgi. sebab skrg mama letak sayur yang biasa makan untuk family. contoh kobis grg, kcg panjang grg. mama amik sikit then lecek masuk dlm bubur. nasib baik ada mangkuk magic baby disney!
- GIGI DAH START TUMBUH! bawah sebelah kiri. gigi kapak. adelah tumbuh dalam 2%. mama asik nak rasa je gigi dia. last2 mama gak kena gigit. hehe.
- asik2 nak kat mama. aduhai sayangku. iyelah2 mama lah.
- dah makin susah nak buat kerja dan memasak. dia akan ikut ke dapur then main pinggan, penutup periuk, sabun, kain alas kaki, plastik buh pampers dah pakai, huhu. kalo dia main tutup2 pintu dapur tu yg aku tak suka. nanti terkunci dah macam mana mama nak kuar dari dapur?
- kalo ngah lepak2 dengan Iman kat depan TV, mama nak bangun je, Iman dah hek3 tak bagi mama bangun ke belakang langsung.
- bangun tido antara kul 9-10 pagi. then tido semula selama sejam dalam kul 2/3/4, then tido malam kul 11/12/1. Pesen tido apekah ini? makin lama makin kurang masa tido dia. hence, masa mama bertenet juga terpaksa dikurangkan.
- bila mama nak bertenet je, dia cepat2 datang, panjat katil single ni then terus kelepuk duk depan laptop. huwaaa.. terus mama tutup laptop ajak Iman gi tgk tv. kalo dibiarkan, alamatnya habis lah keyboard tu dia tekan2 sensor tu dia pukul2 then monitor tu dia hempap2.
- setakat ni kat KP, Iman dah jatuh katil queen 2x, katil single 1x. huhu. kat KL, jatuh katil queen tu pun 2x.
- walopun dah pandai turun katil sendiri, tapi still kena monitor every single move dia atas katil. kadang2 dia leh duduk sipi2 lagi nak jatuh. hadoi.
- Iman paling suka berjalan naik kereta! nak pegang stereng.

OKlah too many. Next time mama update kita dah kat KL. :)

Thursday, January 13, 2011

Imanina Zahirah 11 bulan ye sayang.. :)

Lately banyak benda yang menyerabutkan fikiran aku.. especially pasal kewangan dan kerjaya. tapi apa2 pun, progress my daughter pasti aku akan buat! kalau tertinggal sebulan, mesti dah x best kan..

walaupun aku tahu x ada orang lasngsung yang boleh baca blog ni.. bcoz?

yela, search apa2 word dalam blog ni aku dah sekat. ko taip nama blog ni tertinggal satu titik pun dia takkan directkan. lagi aku tak buat social link dengan mana2 blog. letak komen via blog ni ke, tinggal jejak ke, tak wat langsung.

aku tak mahu orang baca ke? alkisah dulu aku ada fotopages. then most of ofismate aku pun tahu link aku. ko taip je nama hayati hasnor, gerenti yang first kuar adalah link fp aku. tak ada privacy, lagi2 bos aku boleh baca. huh takmau.

alkisahnya lagi, dulu bos aku pernah buat entry pasal appraisal kami semua dalam blog dia. kebanyakan ofismate aku ada blog sendiri. almaklumlah semua celik IT. so dalam entry dia, kutuk kami orang (masa tu semua asyik masyuk main game fb-farmville, etc) sampai progress kerja dadi sangat slow. kerja dalam bidang e-learning ni ada dateline, nak kena siap cepat, nanti client sibuk tanya. takpun nanti webportal yang kamiorang pegang tu tak ada progress, camno? so bila kuar entry tu, ramai lah antara ofismate yang tak puas hati.. sejak tu macam ramai tak mahu blog mereka dikenalpasti, termasuk lah aku. hehehe.. takmahu rivals kita baca laa..
sebab dalam blog, mesti nak luahkan apa2 yang kita tak puas hati kan.. a blog is a gud listener.. so, tak sesuai lagi jika bos or rivals dapat baca.. hurm

blog yang aku suka baca sekarang ni adalah kisah mak2 yang sama besar anak mereka dengan anak aku. best baca! kebanyakan permasalahan dan experience lebih kurang sama. umur pun lebih kurang mak2 ni. antara 25-30.

ehhh.. dah tertukar topik laks.. k lah bukak topik baru.. hahaha..

Sunday, January 2, 2011

Dalam fikiran sekarang

Nak duduk rumah sewa di mana?
Harga rumah sewa teres di KL berapa sebulan?
Berapa harga peti sejuk 2 pintu yang besar? Banyak nak isi EBM ira nanti.
Berapa harga washing machine yang muat 10kg?
Perlu ke MIL nak rumah sendiri jika kami ke KL? Mil xmahu duk KL.
Bila hubby belikan rumah baru untuk MIL, dapat ke dia sara kami dengan baik financially? makin bertambah hutang dia. takut fikirkan.

Rezeki tahun 2011

Alhamdulillah, my hubby dah dapat kerja di KL. Dapat dua offer, satu ERL, satu lagi IJN. Tapi offer di ERL lebih menggiurkan dengan beza 400 dari IJN. Masuk insyaAllah bulan feb 2011.

AKU?

Aku: tak cari kerja lagi. resume dah 2 tahun tak update. akaun jobsmalaysia dah lupa password.

Sunday, December 12, 2010

Anak saya sudah masuk 10 months!

Maka masuklah anak saya ke umur 10 bulan pada 10 disember 2010..
She has been a very active baby. She will explore anything that have become interesting for her. For example, she loves to open the sliding cabinet door that displays nenek's wedding doorgift. A lot of doorgift inside there. Interesting enough to attract my baby. Zahirah will opened it, touch the items inside one by one, bring out one, and it will safe in her mouth! Covered with saliva, i will quickly store it back to the cabinet and tell ira IT IS NOT A TOY! Ok enough with the story that makes my heartbeat go faster. Actually there's many story story i want to share, but it's a lot.

Ira now have become a very adorable doter. Mama and babah continously hug her, kiss her, and talk to her. She is so cute that makes her receives almost 50 kisses everyday, just from mama. Maybe more. But sumtimes she also become naughty that makes mama wants to babab her bon2. Luckily she's wearing mamy pokai diapers! (TT.TT)

Let's see what is her current activity in her 10 months recently.

- Have the gut to stand for a while without any support. i think that's normal b4 baby learn to walk.
- loves tatih2.
- babai, flying kiss and claps hands accurately when i tell her to. But hey, sumtimes she get confused with those three activities. campur aduk.
- when i sing, she will automatically claps her hands and grins.
- afraid of tap water when i bathe her. but LOVES swimming pool very much. so far, 3 times we brought ira to swim.
- have 3 meals per day. biscuit for breakfast, porridge for lunch and dinner. she super loves chicken.
- wait eagerly for her babah to come home. always wait at the door. poor baby. when she sees babah at the door, she will smile and quickly wants to get loose from my arms.
- tak pandai cakap apa2 lagi. current fav word: atah! atah! atah! cakap kuat2 seolah2 nak attention.
- masih suka mama dkung bila dah bosan babah dukung. tamau duk dalam stroller lama2.
- takut kat santa clause. haha. menangis kuat2 bila santa clause sebut "HOHOHO!!!"
- sangat suka kat iklan promo tv3 yang ada bumi tumbuh ikan paus, pokok, macam2 tu.
- dah pandai fokus tgk tv.
- poo2 1-2 times per day.


Wah dah banyak..