Wednesday, January 19, 2011

11 Months Daughter

Ye, sudah masuk 11 bulan anak dara saya.. si Imanina Zahirah.. my pretty little baby. Here is her progress as for now:

- perubahan terbesar, kami decide nak panggil dia Imanina. Nama panggilan, Iman.
sebab aku rasakan yang Ira tu terlalu pendek dan common.. hehe sori imanina.. mama ni berubah2 je panggilan sejak dulu.. tapi baby mama kan, mama leh panggil nama yang mama suka.
- Iman sekarang masih 7.6kg, timbang dekat Klinik Desa Kangkar Pulai. Sama dengan 2 bulan lepas! Huhu makan kan main lagi..
- Perkembangan terbaru, Iman suka pegang kedua2 tangan aku dan tepukkan tangan untuk aku. Hehe clever girl! Selalu aku yang buat camtu kat dia.
- Masih belum pandai berjalan pun. Selalu gak tatihkan dia.
- Suka kiss mama dengan mulut terbuka luas penuh air liur. Bila aku tunjuk pipi, cakap "kiss mama", nanti dia datang then bagi aku messy kiss. hehehe. kadang2 dia arah ke mulut or hidung aku, tak bernapas jadinya. tapi takpe ye Iman, mama suker sangat! kadang saje mama tak lap air liur tu.
- Apa2, Siapa2, semua dia sebut bah! bah! tah! ntah! paling selalu dengar dia sebut bah! la. comel, bangun tido je terus duduk, dengan muka innocent sebut bah!
- Sebelum ni terer clap hands, flying kiss, bye2, allahu akbar, salam, calit, give me five.. skrg, macam ala2 dah malas sebab aku asik suh dia buat je. jadi dia dah boring. muahahaha!
- pandai turun katil sendiri2. ni skill dah lama. skill terbaru, dah pandai panjat sofa (sofa ke? kerusi rotan yang ada kusyen tu) dan turun dari sofa sendiri. bila dah panjat sofa tu, dia nak panjat kusyen lagi dan nak terjun ke belakang. grrr..
- makan dah macam2. u name it. huhu. mama lah punye keje. french fries, nugget, curly fries, biskut oreo, tiger susu. kui8. oh ye ada lagi. nasi kicap, kerepek, nestum oat, ayam goreng, keropok lekor.. lalala..
- buat bubur dia pun dah macam2 letak. sayur dah tak letak bayam sahaja lgi. sebab skrg mama letak sayur yang biasa makan untuk family. contoh kobis grg, kcg panjang grg. mama amik sikit then lecek masuk dlm bubur. nasib baik ada mangkuk magic baby disney!
- GIGI DAH START TUMBUH! bawah sebelah kiri. gigi kapak. adelah tumbuh dalam 2%. mama asik nak rasa je gigi dia. last2 mama gak kena gigit. hehe.
- asik2 nak kat mama. aduhai sayangku. iyelah2 mama lah.
- dah makin susah nak buat kerja dan memasak. dia akan ikut ke dapur then main pinggan, penutup periuk, sabun, kain alas kaki, plastik buh pampers dah pakai, huhu. kalo dia main tutup2 pintu dapur tu yg aku tak suka. nanti terkunci dah macam mana mama nak kuar dari dapur?
- kalo ngah lepak2 dengan Iman kat depan TV, mama nak bangun je, Iman dah hek3 tak bagi mama bangun ke belakang langsung.
- bangun tido antara kul 9-10 pagi. then tido semula selama sejam dalam kul 2/3/4, then tido malam kul 11/12/1. Pesen tido apekah ini? makin lama makin kurang masa tido dia. hence, masa mama bertenet juga terpaksa dikurangkan.
- bila mama nak bertenet je, dia cepat2 datang, panjat katil single ni then terus kelepuk duk depan laptop. huwaaa.. terus mama tutup laptop ajak Iman gi tgk tv. kalo dibiarkan, alamatnya habis lah keyboard tu dia tekan2 sensor tu dia pukul2 then monitor tu dia hempap2.
- setakat ni kat KP, Iman dah jatuh katil queen 2x, katil single 1x. huhu. kat KL, jatuh katil queen tu pun 2x.
- walopun dah pandai turun katil sendiri, tapi still kena monitor every single move dia atas katil. kadang2 dia leh duduk sipi2 lagi nak jatuh. hadoi.
- Iman paling suka berjalan naik kereta! nak pegang stereng.

OKlah too many. Next time mama update kita dah kat KL. :)

No comments:

Post a Comment