Thursday, January 13, 2011

Imanina Zahirah 11 bulan ye sayang.. :)

Lately banyak benda yang menyerabutkan fikiran aku.. especially pasal kewangan dan kerjaya. tapi apa2 pun, progress my daughter pasti aku akan buat! kalau tertinggal sebulan, mesti dah x best kan..

walaupun aku tahu x ada orang lasngsung yang boleh baca blog ni.. bcoz?

yela, search apa2 word dalam blog ni aku dah sekat. ko taip nama blog ni tertinggal satu titik pun dia takkan directkan. lagi aku tak buat social link dengan mana2 blog. letak komen via blog ni ke, tinggal jejak ke, tak wat langsung.

aku tak mahu orang baca ke? alkisah dulu aku ada fotopages. then most of ofismate aku pun tahu link aku. ko taip je nama hayati hasnor, gerenti yang first kuar adalah link fp aku. tak ada privacy, lagi2 bos aku boleh baca. huh takmau.

alkisahnya lagi, dulu bos aku pernah buat entry pasal appraisal kami semua dalam blog dia. kebanyakan ofismate aku ada blog sendiri. almaklumlah semua celik IT. so dalam entry dia, kutuk kami orang (masa tu semua asyik masyuk main game fb-farmville, etc) sampai progress kerja dadi sangat slow. kerja dalam bidang e-learning ni ada dateline, nak kena siap cepat, nanti client sibuk tanya. takpun nanti webportal yang kamiorang pegang tu tak ada progress, camno? so bila kuar entry tu, ramai lah antara ofismate yang tak puas hati.. sejak tu macam ramai tak mahu blog mereka dikenalpasti, termasuk lah aku. hehehe.. takmahu rivals kita baca laa..
sebab dalam blog, mesti nak luahkan apa2 yang kita tak puas hati kan.. a blog is a gud listener.. so, tak sesuai lagi jika bos or rivals dapat baca.. hurm

blog yang aku suka baca sekarang ni adalah kisah mak2 yang sama besar anak mereka dengan anak aku. best baca! kebanyakan permasalahan dan experience lebih kurang sama. umur pun lebih kurang mak2 ni. antara 25-30.

ehhh.. dah tertukar topik laks.. k lah bukak topik baru.. hahaha..

No comments:

Post a Comment