Friday, June 25, 2010

4 month milestone

Anak dara ni dah 4 bulan 2 minggu, antara kebolehan dia sekarang ni:

- pandai meniarap sejak umur 3 bulan lebih.
- suka diagah. kalau diagah, ira akan gelak tanpa bunyi. ketawa kekek2 hanya orang yang tertentu je dapat buat. aku pun tak dapat buat tau.
- bila dah meniarap, suka wat aksi tengah berenang freestyle dengan laju. macam nak lari. hehe.
- pandai mencapai apa-apa yang berdekatan dengan dia. tapi belum betul2 pandai pegang. pegang sikit-sikit tu boleh.
- dah pandai tidur sendiri. kadang-kandang dia main sorang2 then penat, die terus terlena. memang dia tidur gaya meniarap. senang aku tak payah dodoi-dodoikan.
- dah pandai cam orang. kalau ada orang yang tak pernah jumpa agah dia, dia akan renung muka orang tu kejap takde perasaan. bila dah lama sikit baru dia nak senyum.
- suka buat bunyi cam kucing kalau nak tidur. so cute.
- dah boleh ditinggalkan main sendiri-sendiri. nanti dia akan meniarap then tengok tv atau pun main dengan tangan. tapi tak boleh lama sangat nanti dia start boring.
- berat masa 4 bulan dha 7kg.
- setakat ni dah 2 kali demam. 1st time kena demam virus kot, satu family kena. 2nd time demam selesema berjangkit dengan babah dia.
- tunas gigi dah nampak sejak umur nak masuk 4 bulan.
- baju newborn dah ketat. kalau baju romper newborn memang say goodnye la. baju 3-6mths pulak sedang elok je dia pakai. sekarang aku shop baju 6-12mths untuk ira.
- pampers tukar sehari dalam 3-4kali. poo2 elok.
- masih fully breastfeed. aku memang nak bagi ira exclusive breastfeed sampai dia 6 bulan. insya Allah.

Anak

Aku telah selamat melahirkan zuriat pertama kami. alhamdulillah. walaupun kesakitan yang aku rasakan sangat sakit, tapi bila baby lahir dan dapat pandang wajah anak, lega rasanya. meh tengok pic dalam wad.





details bout my baby:

Nama: Nur Imanina Zahirah binti Md Hasnor
D.O.B: 10 Februari 2010, 1.44 p.m
Berat: 2.78kg
Tempat lahir: Labor room 4, wad bersalin Hospital Selayang, Selangor

aku bersalin di Hospital Selayang. aku nak wat pengakuan bahawa bersalin kat hospital kerajaan ni memang ada kekurangannya. nurse ada yg moody, family tak boleh temankan selain dari waktu melawat, dan katil tinggi susah nak turun. tu je la yang aku ingat. tapi, ada juga nurse yang sangat baik, sopan sangat. selalunya aku akan mintak apa-apa kat nurse yang baik ni lah. hehe. nurse moody sori yer aku malas nak layan. buat tak tahu je.

anak aku sekarang dah 4 bulan 2 minggu. aku panggil dia Ira. sangat cute kalau dia gelak. =)