Friday, June 25, 2010

4 month milestone

Anak dara ni dah 4 bulan 2 minggu, antara kebolehan dia sekarang ni:

- pandai meniarap sejak umur 3 bulan lebih.
- suka diagah. kalau diagah, ira akan gelak tanpa bunyi. ketawa kekek2 hanya orang yang tertentu je dapat buat. aku pun tak dapat buat tau.
- bila dah meniarap, suka wat aksi tengah berenang freestyle dengan laju. macam nak lari. hehe.
- pandai mencapai apa-apa yang berdekatan dengan dia. tapi belum betul2 pandai pegang. pegang sikit-sikit tu boleh.
- dah pandai tidur sendiri. kadang-kandang dia main sorang2 then penat, die terus terlena. memang dia tidur gaya meniarap. senang aku tak payah dodoi-dodoikan.
- dah pandai cam orang. kalau ada orang yang tak pernah jumpa agah dia, dia akan renung muka orang tu kejap takde perasaan. bila dah lama sikit baru dia nak senyum.
- suka buat bunyi cam kucing kalau nak tidur. so cute.
- dah boleh ditinggalkan main sendiri-sendiri. nanti dia akan meniarap then tengok tv atau pun main dengan tangan. tapi tak boleh lama sangat nanti dia start boring.
- berat masa 4 bulan dha 7kg.
- setakat ni dah 2 kali demam. 1st time kena demam virus kot, satu family kena. 2nd time demam selesema berjangkit dengan babah dia.
- tunas gigi dah nampak sejak umur nak masuk 4 bulan.
- baju newborn dah ketat. kalau baju romper newborn memang say goodnye la. baju 3-6mths pulak sedang elok je dia pakai. sekarang aku shop baju 6-12mths untuk ira.
- pampers tukar sehari dalam 3-4kali. poo2 elok.
- masih fully breastfeed. aku memang nak bagi ira exclusive breastfeed sampai dia 6 bulan. insya Allah.

No comments:

Post a Comment