Sunday, March 13, 2011

Hati yang Ku Rasakan Dirundung Malang dan Mendung :(

Pada hari ini, dah genap sebulan aku dan Ira dekat KL. Menumpang duduk rumah opah atok. Nenek dan encik pun dah dihantar ke rumah Mak Uda. Sebelum nenek gi rumah Mak Uda, kami tidur di bilik opah kat bawah.

Majlis beday Ira tak buat pun. Kami celebrate pada 13/2 dekat rumah Abg Ali coz atok opah ada sana jaga Faris Fina. Aku memang teringin sangat nak buat bday party khas untuk my doter tapi apakan daya, kami ni sederhana dari segala segi. Hasnor tak banyak saving dan aku pula tak bekerja. Tapi takpelah, kami dah pun potong kek. Sedap tau kek Ira. Kek Secret Recipe, Banana Baked Cheese. Yang hadir hanyalah atok, opah, faris, fina, uchu. Ada mandi swimming pool before that. Ira makin suka main air swimming pool. Excited giler dia. Hehe.

Aku nak cerita satu kisah. Keluarga Senok tak berpindah pun ke KL. Hasnor tak jadi bekerja dengan IJN mahupun ERL. Peluang terbentang luas di hadapan mata, tapi dilepaskan begitu sahaja. Hasnor sangat2 hesitate nak kerja di ERL. IJN mmg dah tolak lama, coz gaji yang dikira tak mampu untuk tampung life kami di KL.

Apa yang aku dapat daripada penolakan Hanor kerja ERL?

Kekecewaan yang hebat, ada rasa sikit sakit hati, malu kepada rakan2 dan saudara mara, sedih kerana aku terpaksa lanjutkan tempoh tak bekerja, tertanya2 sikap Hasnor, rasa rugi yang amat kerana peluang kerja ERL semestinya bagus dengan medical panel di Hospital KPJ Tawakal. *sigh*

Amat2 kekecewaan aku ini. Sampaikan aku mula fikir, kenapa aku kahwin dengan orang jauh. Kalau aku terima cinta xxx, mesti tak macam ni hidup aku sekarang. Sampai macam tu aku fikir. Ira depan mata pun nangis2 pun aku boleh pandang tanpa pengertian. Begitulah aku pada hari kejadian dia tolak tawaran ERL. Puas aku termenung dan tanya pada diri aku sendiri, why, why, why??

Samopai sinilah dulu aku taip entry ini. Dlam hati aku rasa sangat gentar.