Thursday, November 25, 2010

9M2W's Progress

Cepat nye baby mama ni membesar.. Makin lama makin cerdik!

- Ira dah pandai tepuk tangan kalo dia hepi. kadang2 tengah nangis pun tepuk tangan. haha. uchu kata dia yang ajar. hm mama ajar yang dia ingat kot.. uchu ajar dah lama sgt la masa ira umur bape!
- dah pandai flying kiss. comel giler. tapi bila die nangis nakkan perhatian, dia boleh flying kiss.. hehe.. kalo x, jenuh nak suh dia wat flying kiss.. memang dia buat time kitorang x suruh. kadang2 dia flying kiss byk kali.. kejap tangan kiri, kejap tangan kanan. pastu dia tersengih2 sembam muka kat bantal, malu lah kunun dah pandai wat flying kiss.. pirah! hahaha.
- bila babai, dah tukar style, tangan kanan babai lembik2 laju2. sebelum ni, babai gamit2 bukak tutup tangan je. dah upgrade, bagus.
- suka sangat lagu labah2 panjat dinding. ketawa terkekek2 bila aku gerakkan tangan dia ikut lagu.
- skrg kalo bawak die gi mall, memang letakkan je dia dalam stroller. dia enjoy the ride. kalo ngantok, dia terus tido. kalo buhsan, die akan meloloskan diri dari buckle n panjat nak bediri! sabar je la. time ni memang babah akan ambil die then dokong. hehe. mama sori la nak dokong2 ni. x larat dah, kejap je rasa dah lenguh2 tangan.
- dalam kereta, tamau duk car seat. geram tau beli mahal2. nak duk dengan mama jugak kat depan. mama takut, jalan pontian tu banyak lori. so mama letak ira kat tempat letak kaki mama. hehe. kalo letak atas pangkuan, mmg x duk diam sesaat pun. mesti panjat naik dashboard. kaco gear n kaco stereng babah tgh bawak kete.
- sume bende kutip masuk mulut. bape kali aku tengok kat lelangit die ada habuk yang dah basah. grrr.. die kutip bwh tikar getah!
- makan makin berselera. banyak baju 3-6mths dah sendat n singkat. last week baru beli jeans baru. jeans lama xleh kancing. hehe ingatkan mama je hadapi prob nih.
- menu makan ira mama dah pandai gubah2. sup ayam makan dengan nasi impit ira leh makan 3x. means sehari ira makan 9 ketul nasi impit. suka betul dia kalo aku wat sup ayam atau soto. memang time makan dia x merangkak sana sini, melekat je kat mama. di hari yang lain mama masak bubur nasi campur2 pumpkin, purple yam, spinach, kangkung.
- suke kecikkan mulut then kuar bunyi uuuh.. uuuh.. comel gilos.
- henpon aku dah rosak kene airliur ira. grr..

Wah, banyak betul progress ira aku update. kalo boleh semua nak updatekan.. hehe. ira2.. ira kalo bace ni masa ira dah besar, ira mesti senyum. mama dengan babah buat yang terbaik untuk besarkan ira tahu, ira kena ingat tu. dan ira kena berbangga ira masih breastfeed walaupun dah nak masuk 10 bulan. ira tak pernah lagi minum susu formula. sebab mama nak yang terbaik untuk ira. okeh sayang? nanti ira buat blog cite pasal mama lak ye.. hehe.

Gegata.. 3x dah kena!

Semalam ira kena gegata buat kali yang ketiga. Kali pertama kat KL, lepas makan ubat cairkan kahak masa demam 3 bulan lepas. Kali kedua last 3 weeks, lepas balik dari jogging kat Hutan Bandar Johor Bahru. Semua penyebab kena gegata atau hives ni, aku masih samar2 lagi. Takkan allergik dengan nyamuk besar yang gigit dia masa jogging tu kot? atau alergik dengan ingredient yang ada dalam kuih serimuka, kot2 ada telur dalam dia.

Semalam pulak kebetulan aku bagi ira makan telur putih.. ala secoet je. Telur tu ada dalam sup bayam.. so bila amik bayam teramik sekali telur putih.. lagipun aku memang sengaja nak wat experiment kat ira. hehe. bagi pukul 6ptg, kol 9mlm dia dah naik gegata.

Kebetulan lak semalam ada nyamuk besar sekor dalam umah. hish.. sama macam nyamuk yang gigit ira masa jog kat Hutan Bandar. Nyamuk tu ada masa dalam kol 8.30mlm.

So what do u think?

Pening gak ni, ada 2 kemungkinan penyebab ira kena gegata. time nak buat experiment telur, time tu lah gak ade si nyamuk besar tuh. Geram aku!

So camne?

Nasib ada ubat alergik dia yang dapat masa kena pas balik jog tu. Satu ubat makan, satu ubat sapu, ala calamine lotion. so semalam bagi dua2 ubat, dalam sejam dah surut.

Berbeza betul dengan kali pertama kena, timbul gegata then hilang sendiri pas letak minyak gamat n bedak pureen kanji. Kali kedua kena, tak hilang sendiri, makin teruk kalo dibiarkan. Telinga tebal cam hape. muka merah, bengkak, dah tak macam muka ira.
So far kali kedua kena lah yang paling teruk.

Pasni aku kena wat experiment lagi sekali untuk bagi ira telur. Kalo ade si nyamuk gergasi tu lagi, siap ko, menyibuk je orang nak wat experiment!

Saturday, November 6, 2010

NIZ 8M3W

Di umurnya nak masuk 9 bulan, ira dah pandai:

- gamit2 tangan bila aku sebut babai. bile orang lain babai, kejap dia buat kejap malas nak gamnit.
- lagu "nak cekup udang gamit" tu bila aku nyanyi mesti dia gamit kedua2 belah tangan. cute giler.
- duduk dah straight. sekarang ni kejap2 duduk. merangkak sikit duduk.
- meniti dah laju. kalo nak turun tu, pelahan2 dia tumpang tangan supaya x tergolek.
- dah pandai nak turun sendiri dari pangkuan kita.
- kalo atas katil, dah tahu bahaya. kira dia dah tahu jarak. mesti teragak2 kat hujung katil.
- suka main air.
- makan berselera. aku biasa buat bubur nasi lecek campur kentang, carrot n bayam. eh same je dengan last 2 months. haha. ikan dengan ayam kadang2 sebab pernah letak dalam bubur dia tapi pastu kena rashes. so hold dulu. kadang2 letak ikan bilis.
- makan masih 2x sehari. lunch n dinner.
- masih minum susu ibu. dah pandai tarik nipple masuk dalam mulut kalo dia rasa jauh. huhu.
- mulut becok. macam2 bunyi dah die leh wat.
- kalo aku masuk dalam bilik die akan ketuk2 pintu nak masuk jugak. sian baby mama.
- dah kurang takut kat orang. bila xde mood, dia akan nanges kalo stranger dukung. kalo budak2 yang dokong dia x nangis malah suka.
- masih suka senyum tersengih2. so sweeet..
- pandai buat muka busuk. kalo orang lain tegur dia, memang dia akan pamerkan muka busuk. kalo aku buat muka busuk pun dia akan segera ikut.
- suka buah-buahan.
- baby yang ceria.

sekarang kitorang ade kat KP since balik dari gambang haritu. dah seminggu ni. bosan gak aku duk rumah. nasib ade astro. nak masak dah susah coz ira akan kaco. takleh tinggal dia sorang kat hall. kang tah ape dia nak buat xpun die nangis takut tinggal sorang. nak x nak terpaksa gak tunggu MIL balik masak. aku makan je ape ade.

Aku menunggu dengan penuh sabar supaya hubby cepat dapat kerja KL. dkt dengan parents, salary pun insyaALLAH higher than now.

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan kami sekeluarga. semoga kau rencanakan yang baik untuk kami sekeluarga. Amin.

Family Day FFD Epson at Gambang

30 Oktober 2010, Sabtu tu kami sekuarga cinonit 3 orang ke Bukit Gambang Water Park, Pahang. Family kami je dari KL. Yang lelain naik bus dari JB. 2 buah bus ikut, means 80 orang. Kami yang paling awal sampai di BGWP. Aku cuak gak coz b4 ni tak pernah jumpa dengan family2 lain yang same2 kerja epson. Takut nanti jadi pemalu lak aku nanti. Tapi takde maknenye k.

Sesampai je kat BGWP, dah nampak ikan piranha tonggang air then pancut kat penguin. haha. tu view dari luar tu. sangat mengujakan! Oh bila bus sampai, aku dah dapat kawan, wife kepada kawan hubby iaitu Wani. kawan hubby tu nama dia Balok. Doter doarang nama Ruqya, 2Y8M. Ira ape lagi, tenyum2 la bila kawan2 hubby usik dia. kitorang ade buat sandwic then simpan dalam plastik roti. tapi mase kat entrance x lepas coz mana boleh seludup makanan da.. ko kene makan ape yang ade kat fudcourt dia. kang x laku lak makanan dorang kalo memasing pakat bawak fud dari luar. so babai sandwic! aku takut staff yang simpan sandwic tu makan sandwic kitorang.. huaaa!! bangun kol 3 pagi tu siapkan sandwic.

dah tukar baju pe suma, dah kol 12.. hmm apekah?? lepak lagi borak2. then kami dalam 4 sekuarga gi mandi coco beach. ade ombak2. aku bawak ira n duk je kat air cetek. ira at first takut.. aku yakinkan dia, pegang dia kuat2. lama2 gelak2 lak dia. haha like mama like doter. aku tak dapatlah nak terkinja2 main air kat situ kan.. dah aku bawak anak kecik. lagipun kene sopan lahh, gi trip family day. ingat lagi mase gi sunway lagun dengan frens mase anak dara dulu, sume benda aku try. rase tamo balik.

pastu, baru pasan ade tempat mandi untuk toddler dengan baby. aku pun bawak ira gi situ dengan hubby. wah seronok ira main tepuk2 air. kat sini takde ombak, so leh la ira menunjukkan kegirangannya. merangkak2 dia kat tempat air cetek tu. muahaha.. ira2. tak sangka die mewarisiku. bagus2.

tetibe mase lunch kol 1 lebih, dapat berita nenek salah sorang staf baru meninggal. so dorang yang naik bus ni nak kene balik awal, dalam kol 3 dah kene siap. bus nak anta budak tu ke stesen bus kuantan. then mereka ke hotel terus. kitorang yang naik kete ade la dalam 3 buah kete, stay lama sikit coz leh gi sendiri ke hotel. tapi pas lunch tu kitorang tak mandi semula pun, coz hujan. so uols bleh kire bape lama sangat main air nye? haha tak sampai sejam setengah. takpelah. lagipun ira dah nak nyucu n tido.

malamnye kitorang stay kat Duta Village Beach Resort, kuantan. okla hotel ni. luas gak bilik dia. ira dah tawaf bilik tu bape kali dah. pestaim ni ira duk hotel. haha. malam tu ade dinner n games sikit2. bilik kitorang menang cabutan bertuah. yeay! then ira dah ngantuk, dalam kol 9.30 tu aku bawak dia masuk bilik. hadeh. bile kat bilik xdelak tido. main merangkak2 lagi. ira2..

sok pagi nye lak pas bekpes by hotel, kitorang gi main2 air laut. boleylah situ, takdelah cantik sangat tapi much better la than PD. air die keruh sikit sbb maybe dah bercampur dengan pasir. ombak tengah kuat time tu. ira cecah2 kaki dia. suke die bila ombak datang. pas main2 air laut, gi mandi swimming pool lak. hubby dgn ira je yang mandi. aku duk tepi tangkap2 pic.

kol 12 barulah memasing check out. bus semua terus balik jb. famili kitorang ke tepi laut cari kopok lekor n lunch. sampai umah dalam kol 5 ptg. overall bestlah jugak family trip ni. cuma rawse x best sebab x dapat main air kat BGWP betul2. lenkali ira dah besar nak bawak situ lagi. tapi mungkin ke sunway lagun atau a'famosa. best2.

Thursday, September 30, 2010

Imanina Zahirah 7M3W

Waduh2 malas betul update blog. Aku nak update blog ni untuk cerita perkembangan ira je sebenarnya, tu yang sebulan sekali jadinya. hahaha. aku dengan ira dekarang ade kat KL, umah opah atok. ingat nak stay sampai mid oktober. dari raya kedua kitorang dah kat sini. babah mcm biase, dtg wikenly. oh sangat kasihan tidak sabar rasenye nak terus stay kat jb.

Ira sekarang x sihat, selesema, batok dan demam. tapi demam x kuat lah. dah 3 hari camni. menangiiiis ajer. x mau dengan orang lain nak dengan aku je berkepit. susah nak wat keje. ira, ira...

Macam2 dah minah ni pandai di usia 7 bulan 3 minggu. List dia:

- pandai merangkak mase umur 6M3W.
- pandai berdiri dengan sendiri sambil berpaut exactly mase 7 bulan.
- pandai duduk sendiri mase 7M2W kot. Tapi mase tu x tegak lagi. sekarang pun x tegak sgt. takut lak bongkok.
- masuk dalam walker sejak dia pandai duduk sendiri. tapi x lama pun. dah mintak nak kuar.
- makanan harian sekarang masih susu mama dan bubur kentang+carrot+ikan+bayam merah.
- eczema memang on and off. sekarang kat leher lak.. aduh. aku consistent sapukan vaseline moisture lock, ezerra n elomet. so far elomet tu yg byk membantu, tapi takut thinning effect dia. tawakal je mama nI. mandi lak guna eubos cream bath oil. mmg khas untuk eczema baby.
- cek kat KK Kepong Prima masa 7M1W, berat dah 7.2kg. bravo babe.
- makin kiut, suke gelak, manja.. pantang nampak bantal mesti nak landing kejap sambil isap ibu jari. then baru teruskan merangkak.
- walaupun jumpe babah seminggu sekali, tapi masih ingat akan babah. x menangis kalo babah amik dia.
- dengan orang lain selain mama dengan babah, memang nangis. hurm. tapi dah agak ok dgn opah dah.
- suka korek sofa. kebetulan sofa atok ada lubang kecik muat2 jari ira. ira korek2 kuarkan kapas dia. haha tensen atok.
- manja bangatt dengan mama. MANJA OK. mama like tapi risau nnti mama dah start keje, camana ira tinggal dengan baby sitter.

k tu je yang aku ingat. bye.

Sunday, August 29, 2010

Ira 6 month 3 weeks milestone!

Nur Imanina Zahirah dah 6 bulan lebih! To be exact, 6M3W. Macam-macam dah beliau dah pandai. Jom tengok list!

- berat kali terakhir cek masa 6bulan cucuk kat Klinik Ibu Mengandung dan Kanak-kanak Metro Prima, berat dia 6.7kg. Kurang berat yer.
- Go mobile baby go! dah ke sana kumari. Sebenarnya dia dah pandai merangkak 2 3 langkah, tapi pastu sambung mengengsot. ngengsot lagi cepat kot. tak sabar nak sampai ke destinasi la tu! selalu sangat terbabas ke luar kawasan. sekarang kami dah tak letak kubu2 lagi dah. ada kubu pon dia panjat.
- dah pandai panjat dah. tapi bukan panjat extreme la. hehe. panjat orang untuk berdiri. tapi masih lum berdiri tegak. masih bongkok lagi. next week pandai la berdiri tegak tu. panjat kerusi sofa sampai jatuh terlentang sebab x dapat grip betul2. cian baby mama.
- dah pandai tahu mama bersiap kalu, mesti nak gi berjalan. kalo aku dah siap pakai tudung cecantik n dia masih terdampar kat toto, dia akan menangis sambil pandang muka mama dia minta dikasihani lantas nak didokongi. masa tu syok aku memainkan dia. nyorok blakang pintu la, pas dia kat nenek la. haha.
- suka berjalan! akan terlompat2 kalo duk dalam keter.
- akan becok mulut ira kalau dia mengantok dan bila dia boring. akan jerit tatatatatata..
- eczema di pipi datang dan pergi.
- dah start makan bubur nasi masa 6 bulan. aku selalu letak carrot n potato. suka dia makan tapi x banyak. kadang 2x sehari, kadang sekali.
- hari2 tido lambat dalam kol 1 a.m. cian babah ngantok selalu kat ofis. huhu.

tu je yang mama ingat skrg ni. mama dia kalo gi tempat shopping memang x lupa baju ira. hmm. banyak dah baju ira. nasib babah selalu ingatkan.. hehehe.

Teka di mana kami berada? Kangkar Pulai!!

Ya, aku, ira dan hubby sekarang kat rumah Kangkar Pulai. Hubby ofkos la dah rumah dia kan. Selama ni kami berjauhan sejak kahwin. Meaning dah setahun lebih kami duk PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Huhuhu. Aku sebenarnya dah resign sebagai Instructional Designer masa hujung bulan 5 haritu. So sekarang aku jaga ira sepenuh masa. Puas hati dapat fully breast feed dia. Yang 6month milestone tu dah tercapai. Syukur.

Kami sampai rumah Kangkar Pulai pada 15 ogos. Rumah ni ada MIL dengan hubby saja. So sekarang dah jadi 4 orang duk rumah ni. Duduk selamanya atau nak balik KL semula? hmm tak berani nak cakap. Kalau ada rezeki hubby kerja dekat KL, insyaAllah kami akan menetap di KL bawak MIL sekali. Ye la MIL ada hubby je yang boleh jaga dia. Terpaksa la kami bawa MIL duduk sekali nanti. Kalau ikutkan, memang scary kan, duk dengan MIL. Tapi MIL ibu tunggal, so macam mana lak dengan keadaan dia kalo dia duk sorang, kami duk sendiri nanti kan.

Aku pun kena buat baik dengan MIL, x boleh pentingkan diri sendiri atau keluarga aku sendiri saja. Apa2 kena ingat kat MIL sama. Dah duk satu rumah kan. Mil masih bekerja. So siang aku tinggal dengan ira jer.

RAYA. Keluarga Senok akan beraya di sini. 2nd day raya baru balik ke KL. yela last year dah kat umah aku. hehe. tapi mestilah kami raya kat KL lama sikit kan. hik3. windu laa atok opah dengan cucu nan sorang nih! macam2 dah "cengkodok" dah pandai. mesti atok opah teruja tengok nanti. ehehe. can't wait.

K lah, selamat berpuasa kepada semua. Aku sekarang dah ada berukband digi, so best la sikit. selama ni mengharap wireless jiran.. x best! daa..