Saturday, November 6, 2010

Family Day FFD Epson at Gambang

30 Oktober 2010, Sabtu tu kami sekuarga cinonit 3 orang ke Bukit Gambang Water Park, Pahang. Family kami je dari KL. Yang lelain naik bus dari JB. 2 buah bus ikut, means 80 orang. Kami yang paling awal sampai di BGWP. Aku cuak gak coz b4 ni tak pernah jumpa dengan family2 lain yang same2 kerja epson. Takut nanti jadi pemalu lak aku nanti. Tapi takde maknenye k.

Sesampai je kat BGWP, dah nampak ikan piranha tonggang air then pancut kat penguin. haha. tu view dari luar tu. sangat mengujakan! Oh bila bus sampai, aku dah dapat kawan, wife kepada kawan hubby iaitu Wani. kawan hubby tu nama dia Balok. Doter doarang nama Ruqya, 2Y8M. Ira ape lagi, tenyum2 la bila kawan2 hubby usik dia. kitorang ade buat sandwic then simpan dalam plastik roti. tapi mase kat entrance x lepas coz mana boleh seludup makanan da.. ko kene makan ape yang ade kat fudcourt dia. kang x laku lak makanan dorang kalo memasing pakat bawak fud dari luar. so babai sandwic! aku takut staff yang simpan sandwic tu makan sandwic kitorang.. huaaa!! bangun kol 3 pagi tu siapkan sandwic.

dah tukar baju pe suma, dah kol 12.. hmm apekah?? lepak lagi borak2. then kami dalam 4 sekuarga gi mandi coco beach. ade ombak2. aku bawak ira n duk je kat air cetek. ira at first takut.. aku yakinkan dia, pegang dia kuat2. lama2 gelak2 lak dia. haha like mama like doter. aku tak dapatlah nak terkinja2 main air kat situ kan.. dah aku bawak anak kecik. lagipun kene sopan lahh, gi trip family day. ingat lagi mase gi sunway lagun dengan frens mase anak dara dulu, sume benda aku try. rase tamo balik.

pastu, baru pasan ade tempat mandi untuk toddler dengan baby. aku pun bawak ira gi situ dengan hubby. wah seronok ira main tepuk2 air. kat sini takde ombak, so leh la ira menunjukkan kegirangannya. merangkak2 dia kat tempat air cetek tu. muahaha.. ira2. tak sangka die mewarisiku. bagus2.

tetibe mase lunch kol 1 lebih, dapat berita nenek salah sorang staf baru meninggal. so dorang yang naik bus ni nak kene balik awal, dalam kol 3 dah kene siap. bus nak anta budak tu ke stesen bus kuantan. then mereka ke hotel terus. kitorang yang naik kete ade la dalam 3 buah kete, stay lama sikit coz leh gi sendiri ke hotel. tapi pas lunch tu kitorang tak mandi semula pun, coz hujan. so uols bleh kire bape lama sangat main air nye? haha tak sampai sejam setengah. takpelah. lagipun ira dah nak nyucu n tido.

malamnye kitorang stay kat Duta Village Beach Resort, kuantan. okla hotel ni. luas gak bilik dia. ira dah tawaf bilik tu bape kali dah. pestaim ni ira duk hotel. haha. malam tu ade dinner n games sikit2. bilik kitorang menang cabutan bertuah. yeay! then ira dah ngantuk, dalam kol 9.30 tu aku bawak dia masuk bilik. hadeh. bile kat bilik xdelak tido. main merangkak2 lagi. ira2..

sok pagi nye lak pas bekpes by hotel, kitorang gi main2 air laut. boleylah situ, takdelah cantik sangat tapi much better la than PD. air die keruh sikit sbb maybe dah bercampur dengan pasir. ombak tengah kuat time tu. ira cecah2 kaki dia. suke die bila ombak datang. pas main2 air laut, gi mandi swimming pool lak. hubby dgn ira je yang mandi. aku duk tepi tangkap2 pic.

kol 12 barulah memasing check out. bus semua terus balik jb. famili kitorang ke tepi laut cari kopok lekor n lunch. sampai umah dalam kol 5 ptg. overall bestlah jugak family trip ni. cuma rawse x best sebab x dapat main air kat BGWP betul2. lenkali ira dah besar nak bawak situ lagi. tapi mungkin ke sunway lagun atau a'famosa. best2.

No comments:

Post a Comment