Sunday, August 29, 2010

Teka di mana kami berada? Kangkar Pulai!!

Ya, aku, ira dan hubby sekarang kat rumah Kangkar Pulai. Hubby ofkos la dah rumah dia kan. Selama ni kami berjauhan sejak kahwin. Meaning dah setahun lebih kami duk PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Huhuhu. Aku sebenarnya dah resign sebagai Instructional Designer masa hujung bulan 5 haritu. So sekarang aku jaga ira sepenuh masa. Puas hati dapat fully breast feed dia. Yang 6month milestone tu dah tercapai. Syukur.

Kami sampai rumah Kangkar Pulai pada 15 ogos. Rumah ni ada MIL dengan hubby saja. So sekarang dah jadi 4 orang duk rumah ni. Duduk selamanya atau nak balik KL semula? hmm tak berani nak cakap. Kalau ada rezeki hubby kerja dekat KL, insyaAllah kami akan menetap di KL bawak MIL sekali. Ye la MIL ada hubby je yang boleh jaga dia. Terpaksa la kami bawa MIL duduk sekali nanti. Kalau ikutkan, memang scary kan, duk dengan MIL. Tapi MIL ibu tunggal, so macam mana lak dengan keadaan dia kalo dia duk sorang, kami duk sendiri nanti kan.

Aku pun kena buat baik dengan MIL, x boleh pentingkan diri sendiri atau keluarga aku sendiri saja. Apa2 kena ingat kat MIL sama. Dah duk satu rumah kan. Mil masih bekerja. So siang aku tinggal dengan ira jer.

RAYA. Keluarga Senok akan beraya di sini. 2nd day raya baru balik ke KL. yela last year dah kat umah aku. hehe. tapi mestilah kami raya kat KL lama sikit kan. hik3. windu laa atok opah dengan cucu nan sorang nih! macam2 dah "cengkodok" dah pandai. mesti atok opah teruja tengok nanti. ehehe. can't wait.

K lah, selamat berpuasa kepada semua. Aku sekarang dah ada berukband digi, so best la sikit. selama ni mengharap wireless jiran.. x best! daa..

No comments:

Post a Comment