Thursday, September 30, 2010

Imanina Zahirah 7M3W

Waduh2 malas betul update blog. Aku nak update blog ni untuk cerita perkembangan ira je sebenarnya, tu yang sebulan sekali jadinya. hahaha. aku dengan ira dekarang ade kat KL, umah opah atok. ingat nak stay sampai mid oktober. dari raya kedua kitorang dah kat sini. babah mcm biase, dtg wikenly. oh sangat kasihan tidak sabar rasenye nak terus stay kat jb.

Ira sekarang x sihat, selesema, batok dan demam. tapi demam x kuat lah. dah 3 hari camni. menangiiiis ajer. x mau dengan orang lain nak dengan aku je berkepit. susah nak wat keje. ira, ira...

Macam2 dah minah ni pandai di usia 7 bulan 3 minggu. List dia:

- pandai merangkak mase umur 6M3W.
- pandai berdiri dengan sendiri sambil berpaut exactly mase 7 bulan.
- pandai duduk sendiri mase 7M2W kot. Tapi mase tu x tegak lagi. sekarang pun x tegak sgt. takut lak bongkok.
- masuk dalam walker sejak dia pandai duduk sendiri. tapi x lama pun. dah mintak nak kuar.
- makanan harian sekarang masih susu mama dan bubur kentang+carrot+ikan+bayam merah.
- eczema memang on and off. sekarang kat leher lak.. aduh. aku consistent sapukan vaseline moisture lock, ezerra n elomet. so far elomet tu yg byk membantu, tapi takut thinning effect dia. tawakal je mama nI. mandi lak guna eubos cream bath oil. mmg khas untuk eczema baby.
- cek kat KK Kepong Prima masa 7M1W, berat dah 7.2kg. bravo babe.
- makin kiut, suke gelak, manja.. pantang nampak bantal mesti nak landing kejap sambil isap ibu jari. then baru teruskan merangkak.
- walaupun jumpe babah seminggu sekali, tapi masih ingat akan babah. x menangis kalo babah amik dia.
- dengan orang lain selain mama dengan babah, memang nangis. hurm. tapi dah agak ok dgn opah dah.
- suka korek sofa. kebetulan sofa atok ada lubang kecik muat2 jari ira. ira korek2 kuarkan kapas dia. haha tensen atok.
- manja bangatt dengan mama. MANJA OK. mama like tapi risau nnti mama dah start keje, camana ira tinggal dengan baby sitter.

k tu je yang aku ingat. bye.

Sunday, August 29, 2010

Ira 6 month 3 weeks milestone!

Nur Imanina Zahirah dah 6 bulan lebih! To be exact, 6M3W. Macam-macam dah beliau dah pandai. Jom tengok list!

- berat kali terakhir cek masa 6bulan cucuk kat Klinik Ibu Mengandung dan Kanak-kanak Metro Prima, berat dia 6.7kg. Kurang berat yer.
- Go mobile baby go! dah ke sana kumari. Sebenarnya dia dah pandai merangkak 2 3 langkah, tapi pastu sambung mengengsot. ngengsot lagi cepat kot. tak sabar nak sampai ke destinasi la tu! selalu sangat terbabas ke luar kawasan. sekarang kami dah tak letak kubu2 lagi dah. ada kubu pon dia panjat.
- dah pandai panjat dah. tapi bukan panjat extreme la. hehe. panjat orang untuk berdiri. tapi masih lum berdiri tegak. masih bongkok lagi. next week pandai la berdiri tegak tu. panjat kerusi sofa sampai jatuh terlentang sebab x dapat grip betul2. cian baby mama.
- dah pandai tahu mama bersiap kalu, mesti nak gi berjalan. kalo aku dah siap pakai tudung cecantik n dia masih terdampar kat toto, dia akan menangis sambil pandang muka mama dia minta dikasihani lantas nak didokongi. masa tu syok aku memainkan dia. nyorok blakang pintu la, pas dia kat nenek la. haha.
- suka berjalan! akan terlompat2 kalo duk dalam keter.
- akan becok mulut ira kalau dia mengantok dan bila dia boring. akan jerit tatatatatata..
- eczema di pipi datang dan pergi.
- dah start makan bubur nasi masa 6 bulan. aku selalu letak carrot n potato. suka dia makan tapi x banyak. kadang 2x sehari, kadang sekali.
- hari2 tido lambat dalam kol 1 a.m. cian babah ngantok selalu kat ofis. huhu.

tu je yang mama ingat skrg ni. mama dia kalo gi tempat shopping memang x lupa baju ira. hmm. banyak dah baju ira. nasib babah selalu ingatkan.. hehehe.

Teka di mana kami berada? Kangkar Pulai!!

Ya, aku, ira dan hubby sekarang kat rumah Kangkar Pulai. Hubby ofkos la dah rumah dia kan. Selama ni kami berjauhan sejak kahwin. Meaning dah setahun lebih kami duk PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Huhuhu. Aku sebenarnya dah resign sebagai Instructional Designer masa hujung bulan 5 haritu. So sekarang aku jaga ira sepenuh masa. Puas hati dapat fully breast feed dia. Yang 6month milestone tu dah tercapai. Syukur.

Kami sampai rumah Kangkar Pulai pada 15 ogos. Rumah ni ada MIL dengan hubby saja. So sekarang dah jadi 4 orang duk rumah ni. Duduk selamanya atau nak balik KL semula? hmm tak berani nak cakap. Kalau ada rezeki hubby kerja dekat KL, insyaAllah kami akan menetap di KL bawak MIL sekali. Ye la MIL ada hubby je yang boleh jaga dia. Terpaksa la kami bawa MIL duduk sekali nanti. Kalau ikutkan, memang scary kan, duk dengan MIL. Tapi MIL ibu tunggal, so macam mana lak dengan keadaan dia kalo dia duk sorang, kami duk sendiri nanti kan.

Aku pun kena buat baik dengan MIL, x boleh pentingkan diri sendiri atau keluarga aku sendiri saja. Apa2 kena ingat kat MIL sama. Dah duk satu rumah kan. Mil masih bekerja. So siang aku tinggal dengan ira jer.

RAYA. Keluarga Senok akan beraya di sini. 2nd day raya baru balik ke KL. yela last year dah kat umah aku. hehe. tapi mestilah kami raya kat KL lama sikit kan. hik3. windu laa atok opah dengan cucu nan sorang nih! macam2 dah "cengkodok" dah pandai. mesti atok opah teruja tengok nanti. ehehe. can't wait.

K lah, selamat berpuasa kepada semua. Aku sekarang dah ada berukband digi, so best la sikit. selama ni mengharap wireless jiran.. x best! daa..

Tuesday, July 27, 2010

5.5 months milestone

Imanina Zahirah sekarang dah 5 bulan lebih. Masuk bulan puasa nanti genaplah 6 bulan. Hmmmmmm mama tak sabar sangat nak bagi ira makan solid. Sekarang pun sebenarnya dah start, makan buah pear yang aku blend halus. Bila dia cranky and aku tak ada solution, aku pun bagilah makan pear blended. Hehe then ira akan lega. Macam dia nanges sebab lapar lak kan? huhu tak lah. Ira minum susu mama sampai tidur kekenyangan selalunya. eekekeke. so cutee..

Ok apa yang Imanina Zahirah dah pandai masa umor 5 bulan lebih ni???

- Dah pandai kenal orang. Ni baru jugak lah. Dengan orang yang baru kenal, dia akan pandang dulu orang tu lama2, then baru leh senyum2 bila orang tu agah.
- Dah takut ditinggalkan sendirian. Tadi, aku bangun je dari tilam, dia dah hek3. Bila baring balik, dia diam. Aiyoo syusyah la mama camniii yang oii..
- Dah pandai grab barang betul2.
- She's a mobile baby! Dah mengengsot ke arah mana yang dia nak. Sangat bahaya. Thats y sekarang aku letak dia kat atas tilam kat hall, kena kepung 4 penjuru dengan bantal2 n bolster. ehehe.
- Dah mau gelak mengekek dengan mama. Actually ira dah gelak kekek since 3bln lebih, tapii jarang sangat. Dengan aku lagilah x pernah langsung.. penat jadi clown. Tapi sekarang dah mauu.. ehehe. Angkat dia pusing2, then geletek dia, ngekek2 dia gelak. Sore husky u.
- Aku dah bagi pear blended, tapi baru baper kali. Sian ira tiap kali nampak makanan mesti mulut macam mengecap2. Then kalo acah kat dia, mesti mulut dia kedepankan dgn cepat and nak makan!

Friday, July 23, 2010

Saga Snap and Win

Kami sekuarga masuk pertandingan ni, sempena 25thn saga. amik gambar dengan saga n submit online. walaupun x menang, tapi kami berbangga coz masuk gak pic kami dan glam sekejap. ekekeke.


gambar taruhan 1


gambar taruhan 2


gambar faveret mama!!

mmuah kat ira dengan babah. jantung hati mama!

Kisah nama Nur Imanina Zahirah

NUR IMANINA ZAHIRAH.
Cahaya Kecantikan Iman Kami.

Mungkin ada yang tanye2, mengapa aku pilih nama ni. well, b4 kawin aku berkenan sangat dengan nama Amanda. Aku cadang nak buh nama Nur Zahirah Amanda. Tapi hubby kata takut nanti orang ejek "mende2..". huhu. erm. So dia pergilah belikan buku nama2 bayi dalam islam. Masa tu aku dah quite sarat. So dapat je buku, aku terus cari nama n listkan. yang hubby berkenan, Nur Imanina Zahirah. Zahirah tu bersempena nama permaisuri agung sekarang. hubby suka sangat dengan nama Zahirah. dah sah2 la dia akan panggil baby dengan nama zahirah kan. aku sebenarnya tak mau la coz zahirah ialah nama sempena, xkan nak panggil dengan nama sempena kot. tpi mase tu belum finalize lagi tau.

masa aku dalam labour room, dah bersalin dan tgh susukan baby kali pertama, hubby usap2 kepala baby n cakap kat aku, "kita namakan dia zahirah ye?". aku terdiam. dalam hati dha ada nama lain tapi xpelah, hubby suka sangat. hehe. lagipun nama anak perempuan memang seeloknya hubby yang pilih, kan? so sweet..

sekian, begitulah asal usul nama Nur Imanina Zahirah. aku suka panggil dengan nama Imanina, hubby suka panggil zahirah. tapi kami sama2 panggil nama manja dia, Ira.
Ira sayang, mama harap ira suka dengan nama ni tau. mama dengan babah yang pilih ni. :)

Sunday, July 11, 2010

Thumbsucking

Ya, ira adalah baby yang suka hisap ibu jari. kejap kiri jap kanan. masa awal2 3 bulan dia hisap penumbuk. bila dah masuk 4 bulan, dia dah pandai pilih hisap ibu jari je. mula2 aku tak kesah malah suka. dia akan diam je isap ibu jari then boleh tido sendiri.

Tetapi sekarang ni rasenya aku dah mula risaukan aktiviti sepanjang-masa ira nih. mana taknya, asik masuk ibu jari dalam mulut n nyonyot2. aku takut leper ibu jari dia nanti. lagipun dia dah tak buat bunyi2 cute dengan kerap cam selalu. sebab mulut dah penuh. uhuhu.. anak2..