Friday, June 25, 2010
4 month milestone
- pandai meniarap sejak umur 3 bulan lebih.
- suka diagah. kalau diagah, ira akan gelak tanpa bunyi. ketawa kekek2 hanya orang yang tertentu je dapat buat. aku pun tak dapat buat tau.
- bila dah meniarap, suka wat aksi tengah berenang freestyle dengan laju. macam nak lari. hehe.
- pandai mencapai apa-apa yang berdekatan dengan dia. tapi belum betul2 pandai pegang. pegang sikit-sikit tu boleh.
- dah pandai tidur sendiri. kadang-kandang dia main sorang2 then penat, die terus terlena. memang dia tidur gaya meniarap. senang aku tak payah dodoi-dodoikan.
- dah pandai cam orang. kalau ada orang yang tak pernah jumpa agah dia, dia akan renung muka orang tu kejap takde perasaan. bila dah lama sikit baru dia nak senyum.
- suka buat bunyi cam kucing kalau nak tidur. so cute.
- dah boleh ditinggalkan main sendiri-sendiri. nanti dia akan meniarap then tengok tv atau pun main dengan tangan. tapi tak boleh lama sangat nanti dia start boring.
- berat masa 4 bulan dha 7kg.
- setakat ni dah 2 kali demam. 1st time kena demam virus kot, satu family kena. 2nd time demam selesema berjangkit dengan babah dia.
- tunas gigi dah nampak sejak umur nak masuk 4 bulan.
- baju newborn dah ketat. kalau baju romper newborn memang say goodnye la. baju 3-6mths pulak sedang elok je dia pakai. sekarang aku shop baju 6-12mths untuk ira.
- pampers tukar sehari dalam 3-4kali. poo2 elok.
- masih fully breastfeed. aku memang nak bagi ira exclusive breastfeed sampai dia 6 bulan. insya Allah.
Anak
details bout my baby:
Nama: Nur Imanina Zahirah binti Md Hasnor
D.O.B: 10 Februari 2010, 1.44 p.m
Berat: 2.78kg
Tempat lahir: Labor room 4, wad bersalin Hospital Selayang, Selangor
aku bersalin di Hospital Selayang. aku nak wat pengakuan bahawa bersalin kat hospital kerajaan ni memang ada kekurangannya. nurse ada yg moody, family tak boleh temankan selain dari waktu melawat, dan katil tinggi susah nak turun. tu je la yang aku ingat. tapi, ada juga nurse yang sangat baik, sopan sangat. selalunya aku akan mintak apa-apa kat nurse yang baik ni lah. hehe. nurse moody sori yer aku malas nak layan. buat tak tahu je.
anak aku sekarang dah 4 bulan 2 minggu. aku panggil dia Ira. sangat cute kalau dia gelak. =)
Monday, December 21, 2009
Shopping Mopping!!
Haritu mummy dah janji x moh lagi beli baju baby kan.. tapii.. mummy dgn daddy tak boleh tahan tengok baju murah2 dkt warehouse, so beli lagi beberapa helai.. hehe tp takpelah, baby boleh pakai lama sbb mummy mmg belikan yang 3-6 mths punya. Baju Disney kebanyakannya RM5 je!! tp kena pandai cari yg bebetul comel barulah puas hati. hur3.
Selalunya lepas aje shopping mmg aku cari kerusi la.. lenguhnya kaki cam kena pulas2.. tapak tu rase cam ada banyak semut.. huhu. macam mana la nanti rasa sakit nak bersalin ye? harap aku dapat tempuhi proses tu dengan cekal dan kuat phisically dan mentally. Lagi satu, nak bersalin dkt Hospital Selayang, so x molah manja2. nurse garang.. :P
Aku nak ucapkan terima kasih pada hubby tercintaku sbb sabar aje melayan kerenah aku yg manja, kdg2 malas, cranky, kdg2 leh mengalir airmata scr tetibe.. hehe hormon tau, hormon.
Ada lg 55 hari utk mummy lahirkan si comel mummy ni. Baby jgn makan byk fat ye.. baby maintain slim tau. biar mummy je. huhu.
Wednesday, December 9, 2009
i'm back!
dah lama betul x update ape2 dkt sini ek.. aku malas ke? hahaha sbnrnya byk nk diceritakan.. tp cume xada masa yg sesuai nak update blog. aku bukanlah blogger tegar tu.. aku cume saje2 nak coret2 sumting psl life aku utk tatapan aku di hari tua.. wahaha
Erm now, aku dah 30 weeks 4 days. betapa cepatnya masa berlalu. ada baki lg 66 hari ja, ataupun lbh kurang lg 9 minggu. ada lg 2 bulan la yea. wah dgr mcm lama lg jugak sbnrnya tu.. yela perut aku dah besar sgt aku rase nih.. nnti lg 2 bln, bagaimanakah rupa perut aku ye.. hehe dah la kuat makan skrg.. asik nk makan jek.. berat pun naik melambung2.. lepas raya puasa tu, berat aku dgn selamba boleh naik sampai 5kg sebulan.. hurr3.. tp skrg aku try control makan.. sentiasa ingt yg aku x moh gemuk lepas brsalin, dan aku juga x mau baby gemuk disebabkan gaya pemakanan mak die time peknen.. wahaha
Skrg perut aku dah besar weh.. aku jugak merasa keberatannya.. nak bgn pg2 tu bukan boleh bgn dgn slumber tangkas cam dulu.. skrg aku kene pegang perut dulu utk tampung baby. then dah rase ok, baru leh duduk kt sisi birai katil.. then baru la leh berdiri tegak. Kalo jln2 nak shopping tu, aku dah cpt rase lenguh pinggang.. lepak dl kt mana2 kerusi, then baru leh sambung shopping sgn jayanya.. wahahaha
Barang baby byk lg lum beli, sbb tunggu bonus hubby. yela ada duit baru syok nak menyoping ye x.. setakat ni shopping baju2 aje dulu. baju baby dah ade 14 helai! suker sgt.. aku rase ckp la tu, dah x nak beli baju lg dah. hehe pasni nak fokus beli brg2 keperluan lain plak mcm buai, set tilam, brg mandian, etc2 la.. ha, plg penting aku nak beli breastpump. dalam fikiran skrg, nak beli spectra 3, yg single pump electric tu. harga pun boleh tahan, RM388.
Almari brg baby dah basuh, tp baju baby baru aku nak basuh minggu ni. sblm tu nak cri penyidai sepit yg besar dulu.. hehe. alahai baby.. mummy dah x sabar nak baby lahir.. tp kita tunggu sampai baby betul2 matang k.. nanti baby dah 37weeks, baby boleh decide nak kuar k sayang.. mummy dgn daddy syg sesangat kt baby. baby jaga diri bebaik kat dlm womb mummy. nak buat ape pun buatlah.. nak sedu2, nak korek2, nak silang2 kaki, nak head banging.. hehe mummy suker sbnrnya.. tp jgn geli2 dkt pundi kencing mummy k.. wahaha mummy x tahan.
Monday, September 28, 2009
Trip to Terengganu for Nojiey’s Wedding
Trip to Terengganu for Nojiey’s Wedding
Member baik UPM aku, Nojiey kawin kat T’ganu. Jadi raya ke 5 tu pun kitorg travel ke ganu, bertolak kol 12pm, sampai ganu kol 6pm.. 6 jam je, lalu LPT then masuk ikut jalan Ajil. Sekali perjalanan, ade dkt 7/8 kali aku gi toilet.. huwa3.. nak wat camno.. macik pun xde koso nak tahan2 do.. Kat ganu kitorang duk kat chalet nama Angullia.. mmg best tepi laut.. desiran ombak wat aku tenang sgt. I loiike! Dkt ganu jumpe balik geng lama, dah kawin n tgh membina family. Yanti dgn Uyan dah ada 2 boy kids, Hanan dgn Edy tgh chaiyok2 hohoho aku dgn hubby lak tgh peknen. Kitorg shop kat Pasar Payang n Keropok Lekor Losong. Seronok sgt dpt jumpe balik geng lama, tp xlama la aku duduk 2 malam aje. Plg aku rindu kat Nojiey.. she’s one of my best friends ever.
Semoga perkahwinan Nojiey dgn Bazar dirahmati Allah dan semoga happy selalu. Semoga cpt dpt baby! Amin..Aidilfitri 2009 =)
First time beraya dgn suami, rasa seronok sgt! Boleh cium tgn dan minta maaf dpd hubby, maklumlah dah kawin 9 bulan mesti ada salah dan silap aku wat kt hubby.. huhu. Raya pertama kitorang kat KL, raya kedua tengahari baru balik JB. Bertolak kol 1ptg, sampai JB kol 9 mlm! Huhu total perjalanan 8 jam, sbb jalan jem kat seremban n nak masuk tol skudai. Dah la aku asik nak gi terkucil ajer.. hua3..
Raya pertama, mcm biasa rumah aku sekali lg host raya.. so aku dgn mak aku dgn kudrat yg ada memasak itu ini. Waduh penatt gilerr.. xtahu nak ckp camne.. plg sian kt mak aku la, da cam x lrt sgt tp terpaksa gak demi tetamu yg nak dtg nnti.. aku lak, penat ya amat sampai mlm tu xleh tido. Bdn penat tp minda aktif. Jgn kata kaki aku, kaki mak aku pun turut bengkak sekali dek berdiri sepanjang hari. Kaki aku mmg dah tahu lah akan bengkak punye.. x nampak buku lali dah.. nak wat cemana kene gak tlg2 mak aku masak utk raya.. menu raya kali ni, rendang daging+paru 7 kilo, ayam masak nenek 5 ekor, nasi himpit, kuah kacang, nasi minyak (mak ngah msk pagi raya).
Oh ye aku sempat la gak wat kuih tart nenas 2 weeks b4 raya.. gebus je, sng rapuh.. huhu tu maksudnye tart yg baik ke x? aku pun xpasti. Yg pasti aku suke makan nyum3..
Friday, July 24, 2009
Baby at 10 weeks.. yeay!
Baby kelihatan comeyyl sgt8!!.. adorable sgt.. sbb ape, sbb baby dah besar sebanyak 1.7cm.. Tadi tgk, kepala baby besar tapi tangan dgn kaki baby kecik2 lagi.. mcm bulat2 kecik.. ehehe comel sgt die gerak2.. mcm tergolek2 dlm rahim.. pastu doc kata dah nampak denyutan jantung.. alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah.
Skrg, morning sickness dan muntah2 aku dah lega sikit, walaupun ade jugak muntah 2 hari lepas. Terbau durian punye psl.. hahaha.. erm NO durian ok.. sgt busok.. Aritu aku termuntah kat depan Brem Mall dan dpn umah sendiri! haha nasib Pak Guard tu x mintak bersihkan, kalo x sian hubby.. ekeke..
OK ni die perkembangan baby pada 10 minggu.. nnti ade mase aku scan gmbr ultrasound dan paste sini gmbr baby yg comel tu.. ;)
