Friday, July 23, 2010

Kisah nama Nur Imanina Zahirah

NUR IMANINA ZAHIRAH.
Cahaya Kecantikan Iman Kami.

Mungkin ada yang tanye2, mengapa aku pilih nama ni. well, b4 kawin aku berkenan sangat dengan nama Amanda. Aku cadang nak buh nama Nur Zahirah Amanda. Tapi hubby kata takut nanti orang ejek "mende2..". huhu. erm. So dia pergilah belikan buku nama2 bayi dalam islam. Masa tu aku dah quite sarat. So dapat je buku, aku terus cari nama n listkan. yang hubby berkenan, Nur Imanina Zahirah. Zahirah tu bersempena nama permaisuri agung sekarang. hubby suka sangat dengan nama Zahirah. dah sah2 la dia akan panggil baby dengan nama zahirah kan. aku sebenarnya tak mau la coz zahirah ialah nama sempena, xkan nak panggil dengan nama sempena kot. tpi mase tu belum finalize lagi tau.

masa aku dalam labour room, dah bersalin dan tgh susukan baby kali pertama, hubby usap2 kepala baby n cakap kat aku, "kita namakan dia zahirah ye?". aku terdiam. dalam hati dha ada nama lain tapi xpelah, hubby suka sangat. hehe. lagipun nama anak perempuan memang seeloknya hubby yang pilih, kan? so sweet..

sekian, begitulah asal usul nama Nur Imanina Zahirah. aku suka panggil dengan nama Imanina, hubby suka panggil zahirah. tapi kami sama2 panggil nama manja dia, Ira.
Ira sayang, mama harap ira suka dengan nama ni tau. mama dengan babah yang pilih ni. :)

Sunday, July 11, 2010

Thumbsucking

Ya, ira adalah baby yang suka hisap ibu jari. kejap kiri jap kanan. masa awal2 3 bulan dia hisap penumbuk. bila dah masuk 4 bulan, dia dah pandai pilih hisap ibu jari je. mula2 aku tak kesah malah suka. dia akan diam je isap ibu jari then boleh tido sendiri.

Tetapi sekarang ni rasenya aku dah mula risaukan aktiviti sepanjang-masa ira nih. mana taknya, asik masuk ibu jari dalam mulut n nyonyot2. aku takut leper ibu jari dia nanti. lagipun dia dah tak buat bunyi2 cute dengan kerap cam selalu. sebab mulut dah penuh. uhuhu.. anak2..

Thursday, July 8, 2010

Kisah ira kena 'ikut'

Mak aku selalu berpesan, kalau bawak baby jalan, jangan sampai malam2, jangan bawak tempat yang hutan2..

Last month kami (aku dan ira)balik ke kampung hubby kangkar pulai, ada cousin hubby kawin kat kota tinggi. alkisah.. laluan dari kota tinggi ke jb tu memang laluan hutan punyer. sape pernah pergi desaru dengan air terjun kota tinggi mesti tahu punyeklah. aku xdelah perasan apa2, coz mmg byk kete lalu lalang, ye la desaru kan tempat peranginan. balik dari kenduri tu bila dah sampai rumah, ok je, mandikan ira dan susukan dia. kitorang penat, so dalam kol 9 lebih camtu dah tertido. tutup lampu dah ni.

Tetibe.. kol 9.30p.m ira terjaga, nanges2 mcm biasa nak susu kot.. aku pun bagilah susu yang fresh dari ladang tu. tapi, dia minum sikit je, then nanges x henti macam kena pukul. aku bawak dia keluar bilik untuk tenangkan dia. tapi makin kuat lak tangisan ira. tangisan yang tak pernah ditangeskan oleh dia. sangat kuat. x henti2. macam sakit kat bahagian dalaman badan. air mata dia x putus2.

MIL kuar dari bilik n cek ira. dodoi2, selawat2, masih zera x henti2 nanges. dalam 20minit camtu, MIL kuar nak pi cari bidan yang boleh ubatkan orang kat hujung jalan rumah. aku macam,'eh perlu ke bomoh'. pasal dlm pikiran aku mungkin ira sakit perut melampau ke, patah tgn ke, mana la tahu kan. aku ajak hubby pi klinik 24hrs tapi hubby suh tunggu mak bidan. dalam pada tu, aku dengan hubby bertukar2 dukung ira nak tenangkan dia. ira masih nangis non-stop, macam orang dalam kesakitan sangat. hati ibu aku tersentuh ya amat. nak menangis. tapi aku tahankan juga sebab aku tahu syaitan atau jin ni kalau dia nampak orang menangis lagi dia suka maksudnya dia menang.

Bidan pun datang. muda lagi orangnya agak2 umur 40thn pun x sampai kot. kak ani nama dia. dia baca2, jampi2 sambil lurut2 badan ira masih jugak ira x diam. dia suh buka yasin mukasurat 38 dan bia terbuka di sebelah ira pun x diam lagi. dia suh amik air dalam cawan. dia jampi2 air tu dan dsapu2 kat ira pun masih same. amik lagi air, jampikan, masih lagi ira x diam, tapi berkurang lah. last2, kak ani bukak pampers ira.. barulah ira diam, tersedu2, sambil mata separuh tutup. kesian sangat kat anakku. penat menangis sampai tersedu2 n tido kat pangkuan kak ani. kak ani terangkan la, 'benda' tu takut kalo nampak anu kita. huhu.

(tadi dah taip sampai penghabisan, tetibe tak kuar yg aku taip.. i retype)

Kak ani serah ira kat aku. lena dia. riak muka dia tenang aje. kak ani bagitahu, mungkin makhluk halus berkenan kat ira sebab tu dia ikut balik. pastu mungkin makhluk tu mengilai2 kat telinga dia, dats why ira menangis non stop sebab takut amat. huhuhu. bengong nye antu! Kak ani pesan pasni kena renjis2kan air jampi kat tempat tidur, buaian n baju2 ira. kitorang siap tukar2 no fon lagi.

Bila kak ani dah balik, aku pun pakaikan pampers ira balik. terjaga dia dpd tido. senyumm dia pandang aku. ya Allah hati aku lega sgt ira dah pulih cam biasa. ira gelak2 n senyum2 macam x ada ape yg berlaku. huhu..

Malam tu aku x boleh tidor dan berjaga sampai kol 3 pagi. bila nak tido je terbayang hantu nenek tua pendek kat hujung katil hadap ira. rambut nenek tu kusut, panjang mengurai tutup semua muka dia. huisyy.. aku kejutkan hubby tapi dia lena sgt. ira pun lena. huhu sian mama.. malam tu every time aku terjaga, aku cek ira tapi dia mmg lena. mama nye plak yang takut..

Sekarang ni aku dah jadi fobia nak pakaikan ira baju hijau brand pureen yang ira pakai masa kejadian tu. sebab bila aku pakaikan je ira macam jadi cranky. aku bungkus dah baju tu. seremmm..

Wednesday, July 7, 2010

Nur Imanina Zahirah


kesayangan bucukkk mama


mama rasa sayang sangat kat ira dengan babah bila tgk pic ni!


napa tuh ira? tgk org lain main gelongsor sampai dia pun ternganga. hehe..

MAMA BABAH SAYANG IRA!

Shopping at My Dear Warehouse Sale, Puchong

Aku x pasti aku tahu dari mana yang My Dear akan buat warehouse sale. hihi. walaupun salenya berlaku di puchong, kami bertiga redah jer, pada 4/7/10 iaitu pada hari last sale tersebut. hajat hati nak beli car seat.

kami pun rujuk map yang diberi. wah boleh thn jugak walaupun tak pernah sampai ke puchong, kami berjaya sampai. hins2. kembang lobang idung hubby. ekekeke. hasil tangkapan, kami berjaya membeli.. jeng jeng jeng...

- sebuah car seat My Dear harga RM350 (asal RM499)
- rotatable hook harga RM12 (ini untuk gantung apa2 dekat stroller atau baby cot)
- mainan silly pals brand bright starts harga RM29
- 2 beg mamy poko saiz M harga RM60
- tikar ABC harga RM28
- mainan block harga RM10

TOTAL = RM489.

aagagaga.. walaupun banyak berbelanja, tapi aku tak kesah pun, sebab aku tahu benda2 yang aku beli tu amat berguna untuk ira. skrg ira suka main dengan katak silly pals. bagus untuk rangsangan otak.oklah, kalau ada sale My Dear lagi, mmg aku akan pergi. mungkin cari barang lain plak, ye la masa tu ira dah besar.

Friday, June 25, 2010

4 month milestone

Anak dara ni dah 4 bulan 2 minggu, antara kebolehan dia sekarang ni:

- pandai meniarap sejak umur 3 bulan lebih.
- suka diagah. kalau diagah, ira akan gelak tanpa bunyi. ketawa kekek2 hanya orang yang tertentu je dapat buat. aku pun tak dapat buat tau.
- bila dah meniarap, suka wat aksi tengah berenang freestyle dengan laju. macam nak lari. hehe.
- pandai mencapai apa-apa yang berdekatan dengan dia. tapi belum betul2 pandai pegang. pegang sikit-sikit tu boleh.
- dah pandai tidur sendiri. kadang-kandang dia main sorang2 then penat, die terus terlena. memang dia tidur gaya meniarap. senang aku tak payah dodoi-dodoikan.
- dah pandai cam orang. kalau ada orang yang tak pernah jumpa agah dia, dia akan renung muka orang tu kejap takde perasaan. bila dah lama sikit baru dia nak senyum.
- suka buat bunyi cam kucing kalau nak tidur. so cute.
- dah boleh ditinggalkan main sendiri-sendiri. nanti dia akan meniarap then tengok tv atau pun main dengan tangan. tapi tak boleh lama sangat nanti dia start boring.
- berat masa 4 bulan dha 7kg.
- setakat ni dah 2 kali demam. 1st time kena demam virus kot, satu family kena. 2nd time demam selesema berjangkit dengan babah dia.
- tunas gigi dah nampak sejak umur nak masuk 4 bulan.
- baju newborn dah ketat. kalau baju romper newborn memang say goodnye la. baju 3-6mths pulak sedang elok je dia pakai. sekarang aku shop baju 6-12mths untuk ira.
- pampers tukar sehari dalam 3-4kali. poo2 elok.
- masih fully breastfeed. aku memang nak bagi ira exclusive breastfeed sampai dia 6 bulan. insya Allah.

Anak

Aku telah selamat melahirkan zuriat pertama kami. alhamdulillah. walaupun kesakitan yang aku rasakan sangat sakit, tapi bila baby lahir dan dapat pandang wajah anak, lega rasanya. meh tengok pic dalam wad.





details bout my baby:

Nama: Nur Imanina Zahirah binti Md Hasnor
D.O.B: 10 Februari 2010, 1.44 p.m
Berat: 2.78kg
Tempat lahir: Labor room 4, wad bersalin Hospital Selayang, Selangor

aku bersalin di Hospital Selayang. aku nak wat pengakuan bahawa bersalin kat hospital kerajaan ni memang ada kekurangannya. nurse ada yg moody, family tak boleh temankan selain dari waktu melawat, dan katil tinggi susah nak turun. tu je la yang aku ingat. tapi, ada juga nurse yang sangat baik, sopan sangat. selalunya aku akan mintak apa-apa kat nurse yang baik ni lah. hehe. nurse moody sori yer aku malas nak layan. buat tak tahu je.

anak aku sekarang dah 4 bulan 2 minggu. aku panggil dia Ira. sangat cute kalau dia gelak. =)